Skip to main content

CABARAN PITCH IDEA 2026: DARI INOVASI KE REALITI BERTERASKAN KELESTARIAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN 25 TAHUN KAMPUS KEJURUTERAAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Pengenalan


Majlis Sambutan 25 Tahun Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang, Malaysia dianjurkan bagi meraikan pencapaian institusi serta mengeratkan hubungan antara alumni, tenaga akademik, pelajar, dan pihak industri serta masyarakat. Majlis yang bertujuan untuk menonjolkan perkembangan akademik, penyelidikan, dan inovasi yang telah dicapai oleh kampus dalam tempoh 25 tahun. Sehubungan dengan itu, Cabaran Pitch Idea 2026: Dari Inovasi ke Realiti Berteraskan Kelestarian diperkenalkan sebagai salah satu pengisian utama sambutan ini. Program ini bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mengetengahkan idea inovatif yang berpotensi diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar, khususnya yang menekankan elemen kelestarian, teknologi hijau dan impak kepada masyarakat serta industri.


Perincian Program

  • Tarikh:
    26 Jun 2026
  • Hari:
    Rabu
  • Masa:
    8.00 pagi – 5.00 petang
  • Tempat:
    Auditorium, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
  • Yuran:
    TIADA (Yuran Percuma)

Objektif Program

Kumpulan Sasaran

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 rendah (Lower Six) dari sekolah-sekolah di Malaysia (peringkat Kebangsaan) dan fokus utama bagi 4 negeri berdekatan iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak.

Days
:
Hours
:
Minutes
:
Seconds