SYARAT DAN FORMAT PERTANDINGAN PITCH IDEA TINGKATAN ENAM 2026
PERINGKAT 1: SARINGAN AWAL
Format Pertandingan
Penyertaan adalah secara berkumpulan, terdiri daripada 2 hingga 5 orang peserta bagi setiap kumpulan.
Video hendaklah dimuat naik ke platform yang ditetapkan oleh Urusetia sebelum 17 Julai 2026, jam 5:00 petang.
Idea yang dikemukakan mestilah:
- Asli dan hasil ciptaan peserta sendiri.
- Tidak pernah memenangi pertandingan lain.
- Tidak melanggar hak cipta, paten atau harta intelek mana-mana pihak
- Tidak bekerjasama dengan mana-mana produksi luar.
- Tidak menggunakan runut bunyi, muzik, animasi, gambar, logo dan lain-lain media hak cipta serta tanda perniagaan tanpa kebenaran.
- Tidak menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman, politik atau merendahkan martabat mana-mana komuniti dan kumpulan tertentu serta tidak menyinggung mana-mana pihak.
Pembangunan prototaip tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, peserta digalakkan menggunakan lakaran konsep simulasi model digital atau demonstrasi visual bagi memperkukuh cadangan idea.
Semua video yang dihasilkan TIDAK DIBENARKAN disiar di mana-mana platform media sosial. Sekiranya terdapat pelanggaran pada syarat ini, penyertaan akan dibatalkan.
Kategori Pertandingan
Peserta perlu mendaftar dalam satu kategori sahaja berdasarkan fokus utama idea yang dibangunkan:
1. Sains dan Kejuruteraan
Idea yang melibatkan inovasi teknologi, reka bentuk, penyelesaian teknikal, tenaga, alam sekitar, kesihatan atau bidang kejuruteraan.
2. Sains dan Komputer
Idea berkaitan aplikasi digital, kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), pembangunan system, pengatucaraan, keselamatan siber dan teknologi digital.
3. Sains Kemasyarakatan
Idea yang memberi impak kepada masyarakat, Pendidikan, ekonomi, kesejahteraan social, budaya, komuniti dan pembangunan mampan.
Spesifikasi Video
Durasi masa tidak melebihi 5 minit termasuk intro, kredit dan disebalik tabir.
Format yang dibenarkan adalah MP4 HD.
Resolusi minimum 720p dan ke atas manakala aspect ratio video adalah 16:9 sahaja.
Penghasilan video kretif dalam Bahasa Melayu sahaja.
Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik serta jelas
Penggunaan KESAN KHAS dibenarkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

PENGHANTARAN VIDEO
Video perlulah dimuatnaik ke pautan Google Drive akaun persendirian dan pautan akses Google Drive dikongsikan dalam pautan BORANG PENGHANTARAN VIDEO
Untuk maklumat lanjut jika mempunyai masalah untuk memuatnaik pautan video, boleh hubungi urusetia dengan segera di talian 019-6930337 / Puan Jamilah Hassan Basri atau emel:
Pelaksanaan Saringan Awal
Panel hakim akan dilantik berdasarkan kepakaran bidang bagi setiap kategori.
Semua video akan dinilai secara professional dan bebas mengikut rubrik yang ditetapkan.
Empat (4) kumpulan terbaik bagi setiap kategori akan dipilih ke Peringkat Akhir.
Keputusan saringan akan diumumkan melalui lama sesawang rasmi dan saluran komunikasi rasmi pertandingan pada 22 Julai 2026
Keputusan panel hakim adalah muktamat.
Semua peserta akan menerima e-Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan yang akan dihantar melalui guru pengiring.
PERINGKAT 2: SARINGAN AKHIR
Format pertandingan
Hanya kumpulan yang berjaya melepasi saringan awal layak bertanding di peringkat akhir.
Penyertaan kekal secara berkumpulan (2 – 5 orang).
Pementangan dilakukan secara pitch professional bersemuka.
Peserta dibenarkan menggunakan slaid pembentangan seperti Microsoft PowerPoint, Canva atau platform yang setara.
Pembangunan prototaip tidak diwajibkan, namun peserta digalakkan menyediakan bahan sokongan yang dapat memperkukuhkan hujah dan keyakinan terhadap idea.
Idea yang dibentangkan mestilah sama dengan idea yang dihantar semasa saringan awal.
Semua video yang dihasilkan TIDAK DIBENARKAN disiar di mana-mana platform media sosial. Sekiranya terdapat pelanggaran pada syarat ini, penyertaan akan dibatalkan.
Pelaksanaan Pertandingan
Setiap kumpulan akan membentangkan idea kepada panel hakim mengikut kategori masing-masing.
Panel hakim terdiri daripada pakar akademik, dan professional yang berkaitan dengan bidang kategori pertandingan.
Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Masa Pembentangan
Pembentangan Pitch: 5 minit
Sesi Soal Jawab: 3 minit

