Skip to main content

Pengenalan

Seiring dengan keperluan negara untuk melahirkan generasi muda yang kreatif,  berdaya saing dalam bidang inovasi, teknologi dan keusahawanan, SERC mengambil inisiatif menganjurkan Cabaran Pitch Idea SERC 2026 sebagai platform pemerkasaan bakat pelajar prauniversiti.

Program ini dirangka selari dengan aspirasi nasional seperti:

  • Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN)
  • Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)
  • Agenda Sustainable Development Goals (SDG)

Berbeza dengan pertandingan inovasi konvensional, pendekatan pitching ini menumpukan kepada pemikiran menerusi idea yang strategik, kebolehlaksanaan, potensi pasaran dan kebolehskalaan, sejajar dengan amalan industri dan ekosistem startup.

Program ini berpotensi untuk diperluaskan ke peringkat kebangsaan sebagai platform pencarian bakat inovasi muda yang lestari.



Tujuan


Menyediakan platform kompetitif kepada pelajar Tingkatan 6 (prauniversiti) untuk mengetengahkan idea inovatif yang asli, praktikal dan berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat komersial. Disamping berupaya mengilap potensi bakat pelajar-pelajar tersebut ke peringkat yang lebih signifikan.


Objektif


Antara objektif-objektif program ini adalah untuk:

  1. Menggalakkan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan pelajar.
  2. Membangunkan kemahiran komunikasi, pitching dan keyakinan diri.
  3. Mendedahkan pelajar kepada konsep keusahawanan, inovasi dan pengkomersialan.
  4. Menghasilkan idea yang mempunyai nilai kebolehgunaan sebenar.
  5. Menghubungkan pelajar dengan ekosistem penyelidikan, teknologi dan industri.

 

Sasaran

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 (Lower Six) dari sekolah-sekolah di Malaysia (peringkat Kebangsaan) atau Pulau Pinang (peringkat negeri).